-T U J U H P U L U H S A T U-

-LAPORAN OPERASI BILTID-

Alpha Titik Berdasarkan maklumat dan aduan awam komma pihak tentera mempercayai suspek X berada di kamar utama di rumah ini titik Suspek dipercayai mendatangkan syakwasangka yang menebal kerana susuk tubuhnya yang tegap dan keupayaan suspek untuk menyerang bila-bila masa titik

Beta Titik Hasil risikan dan maklumat semasa sepasukan Kompeni C diketuai Kapten Y dan dibantu Leftenan N dan juga Sarjan A komma menyerbu masuk rumah tepat pada jam 2230 titik Suspek kelihatan tenang seolah-olah mengetahui kehadiran pihak berkuasa titik

Charlie Titik Berbekalkan pistol semi-automatik Colt Double Eagle buatan China dan lastik getah berpelurukan kertas gulung komma Kapten Y melepaskan 6 das tembakan komma namun tidak satu pun mengena titik Ini kerana suspek dipercayai menggunakan ilmu pandangan optik komma dan juga kerana faktor rabun malam titik Dibantu oleh Sarjan A yang menggunakan lastik komma namun faktor usia getah membataskan sasaran tepat titik Sarjan A mengambil alih senjata Kapten Y komma dan melepaskan 11 das tembakan di mana 6 daripadanya mengena sasaran titik Berbekalkan ketabahan dan keberanian yang utuh komma Leftenan N mengambil alih tugas seterusnya dengan menghapuskan suspek dari kawasan ancaman titik

Delta Titik Tepat jam 2250 komma kawasan telah selamat dibuka untuk didiami semula titik

Yang Benar
Sarjan A

-T U J U H P U L U H-

26/03/2008
1730
Currently listening to Salvation - Chimaira

Went for checkup yesterday,and they extended my MC till 25th of Apriil,2008.That’s mean i’m MC-ing myself for almost 3 month.Oppa!!Gaji buta la hang met!

And malam semalam menyaksikan kemenangan KJ,Tok Shahrizat…dan masing2 bagi ucapan kat sayap masing2.Apa yang membuatkan aku nak apdet blog sebab bila mendengar cara KJ dan Tok Shahrizat bercakap.Aku taktau samada suma orang ada kebolehan untuk menilai keperibadian seseorang itu melalui gaya bercakap.AKu rasa suma orang ada,cuma bila dah taksub/fanatik dengan seseorang itu,semua yang kluaq dari mulut orang itu adalah emas baginya.

Aku yakin korang2 pon pasti boleh menilai tahap kebijaksanaan,tahap pengalaman individu dari gaya bercakap.Tapi tak juga kesemua yang bijak pandai,berpengalaman boleh bercakap..dan tak semua yang pandai bercakap tu bijak pandai dan berpengalaman.Ada yang jenis gebang lebeh,sembang serupa naga..berapi-api kata-kata,ayat-ayat yang disusun dan dihias seindah mungkin.Bagi aku,98% dari individu tersebut adalah orang politik.

Apabila bersembang dengan rakan-rakan sebaya mahupun yang kurang baya,kita jugak boleh menilai sejauh manakah pandangannya..sejauh mana pemikiran dia..sejauh mana idea dan perancangannya.Tambah-tambah bila kita rapat,dan mengenali beliau untuk hampir 5/6/7/8/9 tahun.Yakni bertambah-tambah kuatlah kekuatan untuk menilai seseorang itu.

Aku mula bercakap di khalayak ramai sejak sekolah rendah.Darjah 5 ke 6 ntah yang ada Projek Kulim tuh.Kumpulan aku amik beberapa helai daun pokok Kulim,dan kami membuat peta ringkas perjalanan dari sekolah rendah aku ke hutan tu.Dan aku ditugaskan untuk memberi penerangan tahap sekolah rendah kepada Ahli Parlimen Kulim/Bandar Baharu time tu..Syeikh Kadir Fadzil.Aku sendiri tak ingat apa aku cakap,tapi yang pasti ada gambaq aku tengah tunjuk peta tu kat dia.

Selain tu,aku pernah ditugaskan sekali untuk mengepalai perhimpunan Ahad kat sekolah rendah.First time jadi pengerusi,memang la ketaq gila.Sampaikan tak cukup nafas nak baca Al-Fatihah sebagai pembuka majlis.Guru besaq time tu,Cikgu Nordin B Tahir (aku boleh tiru signature dia!)suruh aku ulang balik Al-Fatihah sebab memang x lancaq.Malu woo..haha.

Ada jugak pernah bila aku menjadi pengerusi perjumpaan pelajar2 tajaan kerajaan dengan pak2 menteri kat Moscow dulu,aku dikutuk kaw2 oleh seseorang,sebab aku menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan.Aku memang suka menggunakan Bahasa Melayu sebab suma pak menteri tu suma orang melayu,xkan depa x paham kan.Kedua sebab aku memang nak mertabatkan Bahasa Melayu kat Russia…konon la.sembang kemaih la hang Met!

Adilaaaaaa….where are you…..

-E N A M P U L U H S E M B I L A N-

24/03/2008
0020
Currently listening to Pull Harder On The Strings of Your Martyr - Trivium

Banyak perkara yang berlaku dalam kehidupan aku sekarang ni.Di mana aku perlu mengubah cara berfikir aku,dari corak pemikiran seorang belia pelajar kepada corak pemikiran seorang dewasa bekerja.

Dulu sebagai pelajar,aku akan pastikan sekurang-kurangnya 50% dari elaun sara hidup aku akan disimpan.Dan aku memang tak menghadapi masalah nak menyimpan,setiap bulan aku tak ada banyak komitmen yang memerlukan duit…tapi masalahnya,aku taktau awat bila tiba ujung tahun je,duit tiba-tiba jadi sikit.Mungkin sebab aku guna untuk berjalan-jalan,takpun untuk beli benda bukan2..

Sekarang sebagai dewasa yang bekerja,secara tak langsung dah semakin banyak komitmen yang memerlukan duit.Memang duit gaji lagi tinggi dari elaun,tapi time aku blajaq mana guna gheta.Mana perlu pikiaq pasai duit minyak,dan juga duit sewa umah/gheta.Tak masuk insurans lagi.Tak masuk EPF,KWSP(walaupun dalam tentera xdak ni,tapi ada sistem lain yg hampir serupa).

Memula sampai Malaysia,harta pertama yang aku cari ialah sebuah motor kapcai.Aku bengang bila banyak sangat mat rempit melepak tepi umah,’press’ minyak..so aku amik keputusan nak beli motor sebab senang nak pi keje,kedai..Ehh,apa kaitan dengan mat rempit tadi??haha..
So sekarang ni move on ke next step,memiliki sebuah gheta.Aku masih xdak masalah nak menggunakan motor ke hospital,tapi keadaan mata ni mcm membataskan penggunaan motor untuk 4-5 bulan ni kot.

So tadi dah usha gheta 2nd hand.Rancangan nak menyambaq New Honda City dibatalkan atas sebab duit baki ansuran bulan untuk Honda,minus ansuran 2nd hand adalah sangat besar.Bila dikumpul2,tambah dengan sedikit usaha untuk menyimpan,selama 4-5 bulan,aku dah boleh menyambaq sebijik moto sportbike ZZR250 or ZXR250..heheh.Secara formulanya,bagi yang tak reti nak bermatematik dalam bentuk abjad :

ZXR250 = 5(H - M) + S

dimana, H - Honda,M - MyVi,S - Simpanan
ngeh3~~ :D ,dah lama aku x bermain2 dengan angka ni.

Ehh..aku tetiba terpikir pasal Adila.Adila ni telah menimbulkan rasa syak wasangka,dan kecemburuan yang tidak berbelah bagi kepada Cik Azlina Razali(nama sebenar),25 tahun(umur pada 26 April ni),yang sekarang bertugas di Hospital Tengku Ampuan Rahimah,Klang.
VS  

Ekekek….tonite i’ll reveal who the real Azlina is.Orang nogori,yang mana pelat dia bercakap nogori mmg memeningkan kepala.Mula mengorat dia time aku buat summer practical 2006 di Hospital Kulim,di mana at that time dia masih bergelar seorang pelajar Kolej Kejururawatan Kulim.Bibit2 bermula bila Azlina nak amek darah aku,(aku nak check darah untuk prosedur kemasukan semula sesi baru di Rusia)dan dia berjaya melebamkan tangan aku untuk 3-4 hari.Tapi time tu jual mahal,aku marah-marah kata dia x reti amik darah..(padahal aku je tak reti nk duduk diam,hehe..)After that,kami x bersembang lgsg.Aku just sembang dgn akak2 nurse yg lg senior je.So masa berlalu,time dah habis practical,Zaki amik nombor budak2 student nurse..tp aku masih jual mahal,x amik no sape2 pon.

Stended la kan,time tu aku malas nk tunjuk konon2 dah terpikat..padahal hati dok rasa terbakaq,awat la penyegan sangat…Lepas tu,mula la tak tenteram.Mandi basah,tidoq mmg lena,fikiran ja jiwakacau sket.Last2,bila dah membara,muka tebal2 gi la mintak no kat Zaki…dan bermulalah kisah2 antara aku dan Azlina…tu sahaja kali ni.

Haa syg,u puasss hatiii dak?So i dah citer,u plak kena start ur NEXT STEP!! :D :D

-E N A M P U L U H L A P A N-

18/03/2009
2015

“Transformasi akan berlaku”

Macam besa la..dengaq tagline tu,mesti ingat Astri Ria..ingat Astro Ria,mesti ingat Akademi Fantasia 7..ingat AF7,mesti ingat kat Adila..erk!i mean ingat kat suma pelajar laa..hish hangpa ni..

Well,tujuan aku blog kali ni bukan ttg Af7,mahupun Astro Ria..tapi ttg Astro 702,Hallmark kot namanya..Ada scara x sengaja,malam tu aku tengok satu realiti show yang aku rasa leh martabatkan sebagai yang terbagus kalu diwujudkan kat Malaysia…”The Biggest Loser” - mengisahkan 12 peserta akan berentap habis-habisan utk menguruskan badan mereka ke tahap maksimum.Pemenang akan ditentukan oleh mereka sendiri,sapayg paling byk mengurangkan berat badan.Yakni tiada juri SMS,tiada juri professional..yang ada hanyalah diri mereka,motivasi diri,keyakinan diri,kemantapan diri,kekuatan mental diri…dan penimbang elektronik.
Dan juga KURANG IKLAN.

Aku terpikiaq sapa yang bleh ditanya/dirujuk kalau aku nk menerbitkan rancangan berbentuk MOTIVASI DIRI merangkap KESIHATAN SOSIAL ni erk?Aku terperasan yang kebanyakan rakyat Malaysia sekarang dah banyak ke tahap obesiti.Obesiti kekadang disalahtafsir oleh anak2 dara dan segelintir anak teruna kita.Yakni bertukaq antara obesiti dan besaq..

“Eh Ameer…hang tak rasa aku gemuk ke Meer?”
“Met…aku rasa aku gemuk laa…makan banyak..x bersenam”

dan selalunya akan dibalas oleh aku :
“A ah..hang mmg gemuk!”

Peserta BLoser ni akan bersenam,berdiet dengan cara yang betul..bukan mcm sesetengah mak2 datin,or ‘wannabe2′ mak datin yang sibuk nak beli tu la,beli krim ni la..Haa,ni pun salah satu yg aku bengkek gak.Peningkatan iklan2 yang tahapahapantah dalam akhbar2 tempatan.Jangan salahkan masyarakat bawahan semata2 kalau berlaku jenayah sosial,seksual.Bayangkan la dlm akhbar2 tempatan,ditempel iklan “Besaq,Gagah,Panjang”,”Mahukan Saiz Idaman Anda?”,”Gebu,Bubu,Menjerat”
cit poodah..geli la aku.

Balik kpd topik asal..Generasi kita skrg pasti mengimpikan yang terbaik utk generasi seterusnya,yakni keturunan kita spesifiknya.Jangan salahkan orang lain kalu anak hang gemuk,obesiti,kena kencing manis,sakit jantung,x fit stamina,x fit physically kalau hang sendiri tak berubah dari sekarang.Pembentukan generasi sihat bermula dari kita gak.Berubah segalanya..Pemakanan,senaman yang seimbang.Sikap dan minda yang positif.Itu sahaja yang diperlukan..Takdak la kecoh2 doktor tak cukup la,hospital tak besaq la bila kebanyakan masyarakat bleh sedaq betapa pentingnya kesihatan terhadap diri sendiri.Majoriti memang sedaq,memang tau..tapi sebab BALOQ LIAT!Tak cukup motivasi nak berubah.

Tepuk dada,tanya selera makan.

-E N A M P U L U H T U J U H-

01/03/2009                                                                                                   2030

Selamat Ulangtahun Tentera Darat yang ke-76!Gagah Setia!

Nampaknya perancangan aku untuk join Paratrooper lepaih abih 2 tahun Houseman mungkin tak kesampaian.Walaupun pada hakikatnya aku dah tau lebih awai,tapi saja nak reconfirm dengan Dr.Haslina time checkup pagi tadi(or shud i say,tengahari tadi?).Any contact activities,any activities that causes jerk movement can lead to another detachment of my retina.

Oh yeah,after my checkup tadi,she found another detachment prior to my vitreous fluid.Buat JOJOE,vitreous fluid ni macam ayaq/gel dalam bebola mata.Hang bayangkan la belon berayaq,ataupon benda lain yang berayaq(?):D..ayaq tu bergerak mngikut pergerakan belon.Lama kelamaan ayaq tu akan menarik,dan menarik kulit belon tu..sampai hang tgk ada part belon yang tebai dan ada yg nipis.Untuk kes aku,kulit belon dah pecah.

So apa option aku ada?Lusa bersamaan Selasa 03/03/2009 aku akan dibedah.Tapi bukan laser,tapi dengan cara sama abah aku dibedah dulu.Docs akan cucuk 3 jarum 22G kat mata,and they will remove my vitreous fluid(vitrectomy)and they will replace it with GAS…that’s not all.After that,they will put buckle from inside,to secure the retina from another detachment.

Khas untuk JOJOE lagi skali(muakakakah),lebih kurg macam ni la.Belon tadi tu,aku akan cucuk guna straw,sedut sampai kering ayaq dalam tu,and ganti dengan gas.Tak kisahlah O2,or CO2,or gas kentut..janji gas.Lepas tu buh plak getah gelang,lilit belon bahagia dua.

camnih la :

Ngehehehe…

-E N A M P U L U H E N A M-

23/02/2009                                                                                                        1918

Maybe ramai yg tatau kot,aku dapat cycle Obs n Gynae as my 1st posting.Maknanya samada aku dok kat Labour Room(Wad Bersalin),or aku dok kat wad2 pre/postnatal and wad gynaecology.Sepanjang seminggu aku tagging as a new HO,memang pengalaman baghu yang baru betui2 mengajaq aku kehidupan seorang doktor.

Sepanjang menjadi medical student,benda yang membuatkan hangpa stress adalah exam.Takpon stress sebab tak paham blajaq.Takpon stress sebab banyak saangat nak kena hapai.Takpon stress sebab tengok org lain rajin blajaq,sedangkan kita dok bleh layan komik online/Playstationing/movie2,dan mungkin gak stress sebab saja2 nak stress.Ngehehe…

Well,being a doctor now,dah mula rasa apa itu TANGGUNGJAWAB.Sikit2 misi(ada pernah aku digelakkan sebab guna perkataan MISI)

“Doktot…tolong komen sikit CTG ni”                                                “Doktot,tolong review VE/contraction patient”                                    “Doktot,tolong T/O patient”                                                                “Doktot,blood pressure patient dah naik ni” ………….dan lain-lain,bermacam2.

Aku cuba jadikan suma tu sebab fenomena yang mengENJOYkan…selagi korang tak enjoy,selagi tu korang akan rasa penat,letih,buring.Itu tak sebut lagi keterbatasan masa yang wujud,at least 5 minit nak curi2 utk solat,makan,or berehat.Tak termasuk lagi bila doktor2 senior,or doktor2 pakar mai round..tanya data2 patient.

Alhamdulillah,sepanjang seminggu tu aku tak alami lagi la perkara2 yang bleh mengDOWNkan moral..Member2 houseman suma banyak sangat membantu.Memang x dinafikan mmg banyak aku tatau,memang banyak aku blur gila..tapi houseman2 suma,and tak lupa nurse2 pon banyak mengajaq.Cuma sekali ja aku bertindak x sewajarnya,time baby flat..Yep,baby tak bernafas,central cyanosis,no heart beat..Blur gila time tuh,aku tak check pon Heart Rate or Respiration dia…trus kena sound dengan senior doktor MO.Layankan…

Tiba hari ke 7 aku tagging,nak dijadikan cita ttiba mata aku jadi blur sebelah.Seperti ada membrane/plastic yang cover kanta aku.Ada plak cacing2 hitam bergerak dalam tu mengikut pergerakan bola mata aku.Memula aku ingatkan biasa la,kalau ada membrane leh aku korek buang sendiri..so gi la check dengan ophthalmologist,itupon curi masa lepas dah habis buat Discharge patient.

Check punya check,memula dia suspect ada Retinal Dialysis.So nak confirmkan,dia refer kat bos dia.Bos dia turun2,check punya check mata kiri aku,dia sahkan ada Giant Retinal Tear which occured from 1130 to 0530 position.Kalau hangpa tgk jam analog,maknanya dah separuh la mata aku terkoyak retina.

For those yg tak tahu,retina tu adalah lapisan yg berlapis2(ada 10 kot) kat bahagian dalam mata..berfungsi utk menerima cahaya dan menyalurkan info pada saraf optik.Dalam kes aku ni,doktor jumpa dia dah terkoyak tapi masih belum tertanggal.So dia sarankan aku gi masuk wad la-la tu gak,and buat laser petang tu gak as i dont have any option,except blindness kalu x proceed dengan laser tuh.

So after that,aku register diri aku sendiri untuk masuk wad.Petang tu lepas salin sluaq,baju,and pakai sarung kpala..aku naik wheelchair gi merempit masuk OT..hahah.Sempat terserempak dengan Dr.Razi (HO grad Indon),dia kata berita dah tersebar dh satu spital kata aku masuk wad. :) Lepas tu,ada pakar bius mana ntah cucuk mata aku..oh ya,aku buat laser ni under LA sbb aku masih muda,dan masih kuat.Bak kata doktor mata tuh,sia2 la jadi askar kalau x tahan sakit.hahah…Lepas dah cucuk bius,depa dilate mata..time tuh dah x nampak apa..tp leh sembang2 jah…and Dr.Ashroff(HO USM)pon sempat jenguk aku..kebetulan dia ada case Caeser kat bilik OT sebelah.

Well sekarang dah OK.Cuma Khamis ni kena buat laser lagi sekali utk mata kanan plak sebab time check up yg kedua,doktor ckp ada retina yg menipis kat blkg mata kanan,so dia mintak aku datang Khamis ni utk proceed dengan laser.Sebelom tuh,mata kiri aku dah buat 2 kali laser.Laser yg 2nd time buat time 1st checkup,doc ada jumpa PVD plak,yakni Posterior Vitreous Detachment.Wallaa…

Kesempatan ini,daku ingin ucapkan trima kasih bebanyak kat suma yg banyak mendoakan kesihatan aku,melawat,bertanyakan khabar..Mak,abah,adik badik,makcik-pakcik,sepupu-sepapat dan rakan2 suma.Tima kaseh!Spasiba!Gracias!Merci!

Info :

HO - House Officer/Junior Doctor                                                                       MO - Medical Officer/SeniorDoctor                                                                      CTG - CardioTocoGramm?                                                                                      VE - Vaginal Examination                                                                                T/O - Transfer Out                                                                                            OT - Operation Theater/Wad Bedah

P/s : Oh yaa,buat budak RSMU or mana2 budak Russia yang tengah study tu,pastikan hangpa dah start amik tau pasai abbreviation yg digunakan secara common kat Malaysia.Make use of your summer practical time untuk take notes.

-E N A M P U L U H L I M A-

28/01/2009                                                                                                            0001                                                                                                             Currently listening to Memburu Impian - Kristal

Hurmm…lama gak aku x dengaq lagu ni…time kat Russia,time nak dekat2 exam tu rajen la dengaq lagu ni..itupon sbb Kristal main lagu ni dlm Anugerah pabenda ntah..

Akhirnya berlalu sudah episod ketenteraan buat sementara waktu.Just came back from KL yesterday,as u all know tht i had my penerimaan watikah daripada DYMM Yang Di-Pertuan Agong…It was a very special moment bila dapat bertemu mata ke mata dengan Tuanku.We had been practising the procedure for 2 weeks.Bebudak kadet lagila,dalam berapa bulan ntah..tp aku dengaq cita depa kantoi time perbarisan kat padang kawad,atas sebab2 tertentu.

Untuk pengetahuan,set2 doktor ni menumpang ja untuk amik watikah..sepatutnya pegawai kadet ja dapat,tp maybe nak ubah tradition kot..letih gak menunggu sejam sebelum nama dipanggil..Tapi seletih aku,letih lagi Tuanku..kesian kat Agong kena berdiri sejam,just nk bagi watikah.

So sekarang ni,aku just menunggu untuk memulakan life baru sebagai ‘civilian’.Insya Allah aku akan memulakan hidup sebagai Houseman Doctor for 2 years,semoga dipermudahkan selalu.

-E N A M P U L U H E M P A T-

26/12/2008                                                                                                        1745

Sudah lama rasanya aku tak masuk ke admin blog aku sendiri.Keinginan masih ada,cuma kengkadang ketidakstabilan internet menhalang aku nak update blog sendiri.

Well,as u all knew,aku dah diterima masuk ke dalam ATM.Bagi yang tatau ATM tu apa,ATM bermaksud Angkatan Tentera Malaysia.Tarikh mengangkat sumpah aku adalah pada 12 November 2008 dan sekarang aku masih menunggu penempatan untuk housemanship aku di Hospital Sultanah Bahiyah,Alor Setar..insyaAllah.

Sementara itu,aku ditempatkan di 94 Hospital Angkatan Tentera,Kem Terendak,Melaka…ada masa aku kerja,ada masa kena masuk kursus,ada masa kena gi seminar,ada masa kena gi buat Bat. C.10…sentiasa ada masa la senang cita.

Sebelum aku angkat sumpah,first thing yang staf2 ATM target utk budak2 yg baru masuk is nk tukaq mentaliti daripada civilian kepada armed forces..Memula tu pelik gak la,apa yang dimaksudkan mentaliti sebagai seorang askar..Adakah dari segi disiplin?Adakah dari segi cara dan corak pemikiran?Sampai la ni aku x nampak lagi,maybe sebab tak hidup sepenuhnya sebagai seorang askar kot.Abaikan kejap.

Kem Terendak ni bagi aku salah sebuah kem tentera yang lengkap dan menarik.Kedudukan yg strategik,atas bukit,tepi laut..pergh wa cakap lu,pagi2 jogging layan je beb..hangpa nak mandi laut anytime ja.Tapi still kena sound gak dengan senior aku sebab dia kata banyak gak yg dah kena sengat obor-obor kat situ..Tidoq malam pon layan ja,angin malam memang syok tidoq la..tambah2 utk aku yg suka tidoq..hehe.

Eh,terlupa pulak Huserk ada tag aku suh letak 7 benda2 pelik.Nantilah Huserk noo…hehe.

-E N A M P U L U H T I G A-

19/09/2008

2256

Ntah bila ntah si FS ni buat update mukablog dia.Tapi ikhlas di hati memang nampak lagi interaktif dan berwawasan tinggi.Cuma aku x explore habis lagi function2 yang dia ada.Nak letak link kat sebelah pon tak gheti,dahla aku x hapai link2 b4 ni.

Menyambut Ramadhan al-Mubarak di Malaysia sememangnya tak sama dengan di Russia.Kalau dulu bleh bukak puasa pukul 5+ ke bawah(tapi la ni 8+ kot..hehe),di Malaysia dalam 7+…kalau dulu time sejuk2 mmg tak terasa sangat penat berpuasa,la ni dok main PS2 kat TV pon leh tertidoq sambil melelh ayaq liuq.Kalau dulu takat teraweh kat bilik/surau,la ni dengan senangnya leh ke masjid..kalau rajin..hehe.

Masjid At-Taqwa TTDI la ni pon dah banyak sangat berubah.Dan banyak tambahan kat tepi kiri kanan,and dah pasang air-cond.Tadi aku tgk papan kenyataan tgk jumlah kutipan selepas Jumaat dalam RM3890 kot.Gilorr!!Mana takleh upgrade camtuh.

Time kecik2 dulu rajen gak la gi teraweh kat masjid ttdi tuh,ikut arwah tokabah aku..cuma aku tak serajen mana,buat 8 je.Itupon buat taktik jahat,time imam dah abeh baca surah baru aku masuk join imam ..itu tak kira lagi time sek rendah,punyalah liat nk posa,bleh minum ayaq dari shower time mandi petang…tp demi mengelakkan rahsia terbongkar,bila kluaq dari bilik mandi tu muka kena berlakon la buat2 letih gila..x bleh la nampak segaq bugaq kann.

Ya la,time kecik2 tak bleh la paksa nak suh buat benda2 baik kan :P.Aku dulu pon tak la ghajin mana nak buat solat 5 waktu sehari,bila dah masuk sekolah matgwar tu baru tergerak hati sket nk solat penuh 5 waktu.Teringat balik time memula blajaq semayang pakai kain,punyala pulun pinjam kain abah,bila nak rukuk bleh plak tertanggal kain tuh,tapi buat dunno la sebab ingatkan kalau gerak banyak2 batal semayang…Pulun kena gelak dengan abah,hahaha.

Apa-apahal pon skrg sudah berubah.Ameer semakin dewasa.Dan dunia sudah berubah..Rakyat dah tak respek kat satu sama lain.Pantang ada kesalahan,mesti masam muka,tangan ringan nak pukui/calar gheta,mulut licin nak mengata/mengutuk..Dan perpaduan takkan tercapai selagi saf2 di masjid masih tak rapat,tak serapat saf di masjid2 Russia.

-E N A M P U L U H D U A-

28/08/2008
1414

Currently sitting in front of my ex-laptop. 

Welcome home Dr.Ameer!
Congratulations Dr.Ameer 

Kepulangan ke tanah ayaq tercinta memang dinanti-nantikan
semua pelajar yang belajar di Russia,samada yang hanya pulang bercuti mahupun
yang pulang sepulang-pulangnya,ataupun bak kata owang putih Back for Good.

Keseronokan pulang ke Kedah memang tak dapat
disangkal,bilamana aku dapat mendengaq loghat utagha dalam persekitaran
aku(kecuali femili aku),bila aku dok lepak2 dengan oghang utagha yg terkenal
dengan keramahannya.Bleh plak dok makan kat Stadium Bukit Jalil,dok sembang2
baghu tau abang sebelah satu kampung.Lagi seronok dan teruja bila aku tak paham
maksud MEGHELA,KELOLOQ dan lain2. =) 

Tak lama lagi dah nak sampai hari kemerdekaan kita yang ke-51.3
hari je lagi kot..dalam paper pakat dok ngutuk si polan tak pasang bendera,awat
bangunan kerajaan muram dan suram dalam memasang bendera..entah2 si penulis pun
sama,jenis baloq liat nak pasang bendera..tak terkecuali aku,dok ngutuk orang
last2 aku sendiri tak beli bendera untuk dipasang dihadapan rumah..heheh. 

Sama jugak bila dalam majalah,suratkhabar dicanang2 tentang
erti kemerdekaan la,remaja yang tak mengerti erti kemerdekaan la..dalam TV
semalam aku tengok bila dalam rancangan Wakenabeb!,depa pilih rakyat secara
rawak supaya senaraikan Rukun Negara,sorang2 terkebil-kebil.Tergamam.Berpeluh.Ada
siap bagi alasan “Pakcik takleh jawab la nak,pakcik lelah,semput “sambil
berlalu meninggalkan kameralelaki.
Gebang ja lebeh. 

Citt poodah nak ngata remaja,padahal hampir keseluruhan
orang yang dipilih secara rawak tu berumur 40 ke atas…kot?Aku x pandai meneka
umur orang,sebagaimana orang selalu salah tafsir rupa dengan umur aku..Muka
nampak muda,padahal tak la muda sangat..hehe. 

Secara ikhlasnya kalau ditanya aku apa erti kemerdekaan,aku
sendiri boleh gebang,leh muhung..tu la,ni la.Tapi secara dasarnya aku tak
merasai nikmat merdeka.Aku jamin hangpa2 yg dok baca blog aku pun sama(kecuali
mereka yang berumur 40 ke atas…hehe).Hidup makin maju,teknologi semakin
berkembang sampai nak pegang cangkul pun dah tak gheti.Nak mintak tolong pilih
sayuq,ikan pun tak gheti..Apatah lagi nak mintak tolong panjat pokok
manggis,haram tak berani..Kalau berani pun,takat panjat tunjuk hero tapi kat
atas dah terkebil-kebil taktau nak buat apa.Haha. 

Aku rasa,apa yang aku nampak dari budak2,mahupun mereka yang sebaya dengan aku ni..dari pengamatan aku la,kebanyakan dari mereka2 ini jenis pentingkan diri sendiri.Bagi depa,asal aku bahagia,asal aku suka apa aku buat itu dah mencukupi.Biaq la apa berlaku pun,hak aku dirampas ka,jiran aku kena rompak la asalkan aku selamat.Dia nampak apa berlaku,tapi takdak inisiatif nak merubah,jenis ngata blakang..bila dah masuk klik,masuk geng,jumpak geng camtuh la jadinya.Pemikiran terlalu moden,dan pandang rendah pada golongan berfikiran konservatif.

Bila aku bertanya pada warga ATM(Angkatan Tentera Malaysia)tentang fenomona,tradisi..tentang apa yang berlaku sekarang,mereka semua hanya
mampu tersenyum.Sememangnya warga tentera mempunyai,mengetahui banyak rahsia
yang tak terjangkal akal pikiran warga biasa…Sampaikan depa mintak supaya
berlaku peperangan,darurat lagi sekali di Malaysia..sebab hanya dengan cara
itulah baru anak-anak muda kita terjaga dari tidoq yang lena sampai ke
tengahari,tersedar dari kealpaan dan kelekaan.

Oppa!

Next Page »